Saturday, April 17, 2010

Hukuman berat mampu membendung masalah pembuangan bayi

Permasaalahan pembuangan bayi yang kian meruncing di Negara ini adalah sesuatu perkara yang amat mendukacitakan bagi sesebuah Negara Islam. Malah, Kebiasaannya, mereka yang terlibat dalam jenayah itu adalah dari orang Melayu yang beragama Islam. Hanya pasangan yang belum berkahwin sahaja yang tergamak membuang bayi, dimana mereka ingin menutup malu ataupun tidak mahu menangung beban untuk menjaga bayi tidakkan mudah diambil iaitu buang bayi. Mungkin hukuman yang ada sekarang ini masih belum cukup menakutkan mereka. Tetapi tidak sedarkah mereka akan tindakan yang mereka lakukan ini dengan balasan yang akan menimpa mereka kelak.

Berhubung dengan hukuman syariah yang menyatakan mana-mana lelaki atau perempuan yang melakukan zina sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5000, atau dipenjara selama tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam kali sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman itu. Begitu juga dengan hukuman yang diletakkan bagi seorang wanita yang melahirkan anak yang cukup sifat dalam tempoh kurang enam bulan qamariah daripada tarikh pernikahannya atau hamil luar nikah akibat persetubuhan. Cuma jumlah hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun. Malah, jarang sekali kita lihat seseorang itu disabitkan kesalahan berikut jika dibandingkan dengan jenayah yang berlaku.


Gambar dari:Google


Apakah hukuman yang diletakkan mahkamah syariah ini berpatutan dengan jenayah yang mereka lakukan? Dimanakah letaknya nilai kemanusiaan sekiranya nilai nyawa bayi yang teraniaya dibayar dengan wang ringgit sahaja? Menurut statistik yang diperoleh dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kes pembuangan bayi dari tahun 2000 hingga 2006 adalah seramai 580 bayi.
Manakala, statistik yang diperoleh dari Jabatan Pendaftaran Negara pula menyatakan seramai 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf dicatatkan dari tahun 2000 hingga julai 2008.


Gambar dari:Google

Jumlah yang dicatatkan ini amatlah membimbangkan kerana ia kian bertambah dari masa ke semasa. Ini membuktikan mereka semakin berani menentang undang-undang yang sedia ada. Hanya sekiranya kita mempraktikkan hukuman Islam yang sebenar iaitu Hudud dalam sistem perundangan syariah Malaysia maka jenayah ini dapat ditangani. Hukum hudud bagi pesalah zina yang sudah berkahwin adalah rejam dengan batu sehingga mati dari empat penjuru dengan seluruh badan mereka ditimbus dengan tanah. Penzina yang belum berkahwin pula disebat sebanyak 100 kali dikhalayak ramai. Kes pembuangan bayi pula boleh menyebabkan seseorang itu dianggap sebagai pembunuh dan hukuman yang dikenakan bagi pembunuh ialah qisas dimana hukuman yang dijatuhkan adalah dibalas dengan bunuh juga.

Hukuman Hudud ini sebenarnya bukan sesuatu yang kejam seperti yang dinyatakan oleh sesetengah pihak. Hukum hudud adalah bersifat mencegah dari mengubati. Hal ini kerana tiada siapa yang berani untuk menghadapi hukuman tersebut dan mereka pastinya akan mengelakkan diri dari terjebak ke lembah yang boleh membinasakan diri mereka. Hukuman ini juga akan dijadikan pengajaran kerana setiap hukuman hudud dilakukan dikhalayak ramai. Oleh itu, hukuman ini perlu diaplikasikan kepada seluruh umat manusia, baik kaum muslimin mahupun sebaliknya kerana syariat Islam diturunkan untuk seluruh manusia. Kita sebagai muslim haruslah yakin bahawa undang-undang Allah sahajalah yang akan membawa keharmonian dan berusaha untuk mengakkan syariat Islam dimuka bumi ini.


Rujukan
http://www.abuaslam.com/
http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/03/perlaksanaan-hukuman-sebat.html
http://www.niknasri.com
http://www.scribd.com/doc/19744558/pembuangan-bayi
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0624&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm
http://ruhenabdurachman.wordpress.com/2009/08/12/7-pahala-diterima-slps-matinya-anak-adam/



-the Writer-

fendiexpression.blogspot.com
yobdagor.blogspot.com
talk-notes.blogspot.com
aididziedy.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment